ISU TINDAKAN KKM

13hb Julai 2010

PER : Media Cetak dan Media Elektronik (Akhbar dan Televisyen)

Pada 1hb Julai 2010, beberapa syarikat pemasaran rangkaian produk termasuk produk TRICAJUS, telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian makmal dan membuat analisis bagi memastikan samada ia mengandungi Sildenafil (sejenis bahan terlarang yang digunakan untuk merangsang tenaga batin). Ini adalah berikutan terlalu banyak permintaan produk yang berkaitan dengan tenaga batin dalam pasaran.

Pertama sekali, kita perlu jelas tentang TRICAJUS bahawa produk ini sangat bagus untuk mengimbangkan hormon, meningkatkan stamina, mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan tekanan fikiran. Walau bagaimanapun, berikutan daripada tindakan KKM terhadap TRICAJUS, kita faham bahawa apabila laporan dibuat, KKM perlu menjalankan tugas mereka untuk menyiasat serta memastikan bahawa TRICAJUS itu tidak mengandungi sebarang bahan terlarang.

Media cetak dan media elektronik pula sentiasa memainkan peranan mereka untuk mempamerkan bahan berita yang terbaik. Produk TRICAJUS mungkin telahmuncul di kaca TV serta di dalam akhbar –akhbar utama negara, namun, kita perlu jelas juga bahawa produk itu tidak diuji pada hari yang sama, maka tidak ada penyataan khusus bahawa TRICAJUS itu mengandungi bahan terlarang tersebut. Sehubungan dengan itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak untukmemberikan gambaran yang negative terhadap TRICAJUS sehinggalah kepastian tentang laporan makmal dikeluarkan oleh KMM sendiri. Oleh itu, semua pihak diminta bersabar dan menunggu keputusan daripada KKM.

Dalam masa yang sama, kita perlu mengambil insiden ini sebagai satu rahmat. Kita percaya bahawa ada segelintir pengedar/pengguna masih ragu-ragu samada TRICAJUS ini mengandungi Sildernafil. Namun, apabila pihak KKM selesai membuat ujian makmal dan mendapati TRICAJUS tidak mengandungi sildernafil,maka semua keraguan akan terlerai dan sekaligus membuatkan insiden ini sebagai satu kelebihan kepada para pengedar dan pengguna. Produk TRICAJUS ini akan lebih mudah dipromosikan dan sangat dikenali ramai kerana media cetak dan media elektronik telah terlebih dahulu menyedarkan orang ramai tentang kewujudan produk ini.

Sila ambil perhatian bahawa, pejabat dan semua Master Stokist masih beroperasi seperti biasa. Untuk kebaikan semua pengedar juga, sila ambil perhatian bahawa TRICAJUS ini tertakluk mempunyai polisi insuran sendiri. Sesiapa yang faham tentang insuran, sudah pasti mengetahui bahawa sebelum syarikat insuran membuat keputusan untuk menyediakan perlindungan insuran terdahap mana-mana produk, syarikat insuran itu sendiri akan menjalankan ujian makmal terhadap produk tersebut terlebih dahulu.

Terima kasih

 

Pihak Pengurusan Kanzzs